Friday, December 16, 2011

HijRah yg dituNtut

1. selagi anda tidak mengubah minda dan tidak membersihkan rohani, kita akan kekal di tahap lama.
2. kita perlu selalu mengaudit diri-bagi markah pada diri kita eg. 5/10 in term of fizikal, mental etc
3. kenapa kita rasa malas dan susah untuk solat? ini kerana kita x faham asas akidah ISLAM
4. tips hijrah yang dituntut:-
  • tahu di mana tahap diri kita berada
  • hijrah minda kita
  • bersihkan roh kita
  • muhasabah diri setiap hari.buat pilihanraya eg. pahala/dosa, baik/buruk, ALLAH suka/ALLAH murka
  • apakah pencapaian saya pada hari ini dalam mencapai redho ILLAHI
5. tunjuk teladan yang baik bukan hanya menegur tapi perbuatan si penegur sebaliknya
6. orang yang paling rugi ialah orang yang suka bercakap tapi tidak suka mendengar
7. minda kita terdiri drpd 2 bahagian- minda sedar(5%) dan minda luar sedar (95%)
8. untuk berubah guna minda luar sedar
  1. niat kerana ALLAH
  2. catat dan sebut segala penghijrahan yg ingin dilakukan dan tgk dan baca setiap hari-sediakan diari. sebut dalam doa kita.
  3. bayangkan dan gambarkan kejayaan kita
  4. kawal persekitaran - kawan, apa buku yg dibaca, apa blog yg kita tgk dan baca
  5. kita bercakap dgn diri kita hanya perkara positif, don't look yourself in a negative side coz it will make you down.
9. kita mempunyai azam yg banyak tapi kenapa hanya beberapa hari berjaya merealitikannya? ini kerana kita berubah hanya menggunakan minda sedar dan capai hanya guna minda sedar. tetapi minda luar sedar tidak berubah sebab minda bawah sedar kita masih pada tahap lama.
10.kalau kita buat perkara sama, fikir benda sama kita akan kekal di tahap lama.
      fikiran mmbentuk emosi, emosi membentuk sikap, sikap menghasilkan tindak balas
11. so, kena ubah dalaman dulu baru ubah luaran. Luaran mencerminkan dalaman kita,
12. orang yang malang : nafsu - akal - hati
      orang yang beruntung : akal - emosi - sikap -tindakan
13. hati yang tidak bahagia - menyesal, mengeluh dan merungut
14. adakah kita jadi tawanan nafsu atau penyampai rahmat ALLAH
15. bangun pagi niat , aku nak menggunakan hari ini dengan sebaiknya untuk mencari REDHO ALLAH
16. manusia yang bijak ialah manusia yang melabur dalam pembinaan minda - minda luar sedar.